Thursday, January 26, 2006

Metodologi Kajian Session 3 - 22nd January 2006

Kenapa kita membuat kajian ilmiah ?

Persoalan yang kita harus tanya pada diri kita sendiri:-
1) Kenapa kita membuat ?
2) Apa faedahnya?
3) Dimanakah untuk mencari kajian?

Umpamanya mencari pekerjaan, kita memulakan dgn mencari info dalam bahagian iklan pekerjaan kosong disurat kbabar. Ini adalah titik permulaan sesuatu kajian dengan tidak secara langsung.

a) Memilih tajuk
b) Menghimpun maklumat sebanyak mungkin yang diperlukan
c) Meneliti maklumat yang terhimpun
d) Mencari kebenaran atau tidaknya maklumat tersebut
e) Mengatur maklumat supaya mudah menulis atau mengarangnya
f) Berusaha dengan gigih
g) Mendidik diri kepada budaya membiasakan berfikir
h) Menanam sifat berfikir secara kritikal
i) Mencipta kreativiti
j) Melatih memahirkan diri untul menulis
k) Mengayakan khazanah perpustakaan yang dahulu dipelopori oleh para ulama &
cendikiawan Islam
l) Dunia Barat menjadi maju kerana belajar dari jejak dunia Islam
m) Terbinanya gedung-gedung perpustakaan yang berkembang maju.

Prinsip utama kajian ilmiah
1) Bertanya - Kunci kepada sesuatu masalah
2) Seandainya hanya membuat suatu kajian daripada membaca atau mendengar sahaja,
matlamat yang sebenar untuk sesuatu kajian tidak akan tercapai


Maksud-maksud dari Kajian Ilmiah
1) Mencipta sesuatu kajian yang belum pernah dikaji
2) Menyempurnakan sesuatu kajian yang sebelumnya masih dalam keadaan kurang atau
tidak sempurna
3) Menerangkan sesuatu masalah yang susah untuk difahami
4) Meringkaskan sesuatu penulisan yang panjang lebar sehingga mudah difahami
oleh masyarakat umum
5) MEnhimpunkan kajian yang bercerai-berai untuk dijadiakan sebuah buku
6) Mengatur semula dan mentertibkan sesuatu penulisan yang asalnya bercampur aduk
7) Membetulkan pendapat2 yang dianggap mengelirukan atau kurang tepat atau tidak
benar

Jenis-jenis Metodologi Kajian Ilmiah
Terbahagi kepada 3 jenis penyelidikan:-
1) Kaedah Penylidikan Sejarah yang berasakan sumber2 seperti:-
a) peninggalan yang berbentuk benda, seperti, alat pertukangan, senjata, bangunan
fosil, karya seni, mata wang etc
b) peniggaalan yang berbentuk tulisan seperti diari, manuskrip etc
c) peninggalan budaya yang bukan berbentuk benda seperti bahasa, adat,
kepercayaan

2) Kaedah Penyelidikan Pelukisan Contohnya: Tsunami yang melandakan membawa gambaran
Kisah dari Al-Quran tentang cerita Nabi
Noh a.s. tentang air bah terbesar

3) Kaedah Penyelidikan Percubaan Contohnya: Pengharam arak - dalam Al-Quran hanya
menyebut tentang arak/khamar tetapi
selepas
melalui proses percubaan kita tahu bahawa
brandy, whisky & wine adalah tergolong
dalam kategori arak.

Sifat2 Yang Perlu Ada Pada Seorang Pengkaji
1) Kemampuan untuk melaksanakan kajian
2) Luas pembacaan
3) Memahami apa yang dibaca
4) Jangan menerima bulat-bulat pendapat orang
5) Sabar & tekun
6) Pemikiaran menda;am dan mampu mengkritik
7) Kemampuan dari segi bahasa
8) Amanah dan jauh dari emosi
9) Tawadhu atau rendah diri

Tuesday, January 17, 2006

Definasi Kajian Ilmiah

Definasi Kajian Ilmiah - My version - Ditulis semula apa yang saya faham.
----------------------
Definasi kajian ilmiah atau 'research' dalam bahasa Inggeris ialah pengajian mengenai sesuatu persoalan keilmuan yang memerlukan penyelidikan yang teliti dan teratur.

Adalah menjadi suatu hakikat tentang kajian ilmiah ini bahawa kita membuat sesuatu pengajian kerana kita jahil atau kurang faham mengenai subjek ini.

Kajian ilmiah bukan hanya terbatas kepada mencari maklumat daripada buku-buku atau mencatitkan informasi pada nota-nota yang tidak menentu semata. Bahkan ia adalah sesuatu usaha yang menggunakan daya pemikiran yang luas. Ia juga tidak mungkin berjaya jika hasil pengajian hanya berlandaskan kepada emosi sahaja.

Justeru itu, terhasilnya sesuatu kajian ilmiah yang baik dan konkrit adalah berdasarkan kepada beberapa fakta seperti usaha yang gigih, daya pemikiran yang bersifat keilmuan dan bukan mengikut emosi, mempunyai keterangan yang teratur dan mengandungi hujah-hujah serta tafsiran yang logik dan mengeluruh.

Sunday, January 15, 2006

Metodologi Kajian Session 2 - 15th January 2006

Sesiapa yang masih belum mendapatkan nota "Kursus Metodologi Kajian Ilmiah - Susunan Ustz Mohd Ramzi b Salleh" silalah mendapatkannya dari pejabat Pergas dengan harga SGD10 senaskah.

Lesson coverage:
---------------
1) Ustazah mengambil rekod kehadiran & topik setiap pelajar akan membuat pengajian & penulisan
2) Memberi penjelasan & penerangan Definasi Metodologi
3) Tugasan: Definasi Kajian Ilmiah (Apa yang anda faham mengenai definasi ini & tulis semula apa yang anda faham (Submit: 22nd January 2006 - Ahad)

Original text as follows:-


Click to enlarge & use mouse scroller to maximise & minimise image

4) Setiap pelajar mesti mempunyai tajuk untuk tugasan penulisan
Topik Pilihan Saya: Solat Masbuk & Penyelesaiannya

Saturday, January 14, 2006

Metodologi Kajian Session 1 - 8th January 2006

Asatizah: Ustazah Holdiah
Topic: Metodoloji Kajian
Among the topics covered:-
1) Muqaddimah:-
Kenapa mesti ada penulisan:-
a) Memantapkjan kefahaman
b) Mengutarakan pendapat
c) Komentar Bantahan
d) Mengutamakan ilmiah
e) Bahan rujukan
f) Sebagai warisan
g) Untuk mengutarakan idea kpd orang ramai & masyarakat
h) Segelintir penulisan boleh memporak-perandakan masyarakat
i) Segelintir penulisan boleh membahayakan situasi sesuatu tempat/negeri
h) Segelintir penulisan boleh merosakkan aqidah






Sistem Pengajian / Markah : Metodologi Kajian
Tugasan = 50%
Peperiksaan = 50%

Cara-cara penulisan mestilah mempunyai kandungan seperti berikut:-
- Belum pernah dikaji
- Menyempurnakan kajian
- Menerangkan sesuatu masalah yang susah difahami
- Menghimpunkan kajian yang bercerai-berai untuk dijadikan suatu buku
- Mengatur sesuatu yang asalnya bercampur aduk
- Menerangkan sesuatu yang orang ramai tidak faham
- Membetulkan pendapat2 yang mengelirukan

Tajuk-tajuk yang boleh menjadi bahan penulisan, umpamanya:-
Haruan Makan Anak
Tahlil Boleh Atau Tidak ?
Poligami - Bagaimana seseorang yang berpoligami boleh menempatkan isteri-isteri duduk dibawah satu bumbung
Agama Sesat
Makanan Halal : Mengapa segelintir masyarakat Melayu Islam mengambil endah tak endah tentang halal atau haram sesuatu makanan.

Tugasan: 15th January 2006
Folder yang mesti mempunyai Tajuk untuk sesuatu penulisan