Tuesday, January 17, 2006

Definasi Kajian Ilmiah

Definasi Kajian Ilmiah - My version - Ditulis semula apa yang saya faham.
----------------------
Definasi kajian ilmiah atau 'research' dalam bahasa Inggeris ialah pengajian mengenai sesuatu persoalan keilmuan yang memerlukan penyelidikan yang teliti dan teratur.

Adalah menjadi suatu hakikat tentang kajian ilmiah ini bahawa kita membuat sesuatu pengajian kerana kita jahil atau kurang faham mengenai subjek ini.

Kajian ilmiah bukan hanya terbatas kepada mencari maklumat daripada buku-buku atau mencatitkan informasi pada nota-nota yang tidak menentu semata. Bahkan ia adalah sesuatu usaha yang menggunakan daya pemikiran yang luas. Ia juga tidak mungkin berjaya jika hasil pengajian hanya berlandaskan kepada emosi sahaja.

Justeru itu, terhasilnya sesuatu kajian ilmiah yang baik dan konkrit adalah berdasarkan kepada beberapa fakta seperti usaha yang gigih, daya pemikiran yang bersifat keilmuan dan bukan mengikut emosi, mempunyai keterangan yang teratur dan mengandungi hujah-hujah serta tafsiran yang logik dan mengeluruh.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home